Bahasa Malaysia | English
Proses bayaran balik bergantung kepada jenis pembayaran yang digunakan:
Kaedah Pembayaran | Destinasi Bayaran Balik | Tempoh Masa |
ShopeePay | ShopeePay | Dalam masa 24 jam |
Kad Kredit/Debit | Kad Kredit/Debit | 3-5 hari bekerja |
Ansuran Kad Kredit | Kad Kredit/Debit | 3-14 hari bekerja |
Google Pay | Kad Kredit | 3-5 hari bekerja |
Apple Pay | Kad Kredit | 3-5 hari bekerja |
Bayaran Tunai di Kedai Serbaneka | ShopeePay | Dalam masa 24 jam |
COD | ShopeePay | Dalam masa 24 jam |
SPayLater | SPayLater | Jumlah akan dikreditkan kembali ke baki SPayLater anda dalam masa 24 jam |
Perbankan Atas Talian | Akaun Bank | Dalam masa 1-3 hari bekerja |
* Harap maklum bahawa tempoh masa bayaran balik di atas adalah masa yang diambil untuk menyelesaikan bayaran balik di pihak Shopee. Mungkin terdapat sedikit kelewatan disebabkan oleh pemprosesan oleh gerbang pembayaran di pihak bank.
⚠️ Nota:
- Jika ShopeePay anda masih tidak aktif dalam 72 jam, bayaran balik akan dikreditkan terus ke akaun bank (yang harus diisi di halaman tetapan akaun) dalam tempoh masa 1-3 hari bekerja.
- Dalam situasi di mana ShopeePay anda tidak diaktifkan atau tiada akaun bank (selama lebih dari 60 hari dari tarikh pembuatan bayaran balik), Shopee mungkin akan memproses bayaran balik dalam bentuk penerbitan baucar Shopee (dengan nilai yang sama dengan jumlah bayaran balik).
- Baucar yang digunakan akan dipulangkan kepada anda untuk kes bayaran balik penuh sahaja.
- Syiling Shopee yang digunakan akan dikembalikan sepenuhnya kepada pembeli untuk kes pengembalian wang penuh dan secara pro-rata untuk kes pengembalian wang sebahagian.
- Jika penjual gagal membalas dalam masa 3 hari, permintaan pulangan/bayaran balik anda akan diterima secara automatik.
- Anda dinasihatkan untuk memantau kes tersebut dan bertindak dengan cepat sekiranya Ejen Shopee memerlukan bukti lebih lanjut dari pihak anda. Sekiranya penjual memutuskan untuk berunding sebelum anda mengembalikan item, anda diberi masa 1 hari kalendar untuk menentang tawaran atau menerima tawaran. Jika tiada jawapan dari mana-mana pihak dalam masa 1 hari kalendar, anda perlu mengembalikan item seperti persetujuan awal.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman.